Allahu alimun bima fi sudurina

[13]
Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[14]
Tidakkah Allahyang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! Hud
[284]
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah
akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Al-Baqarah
Kata hati tidak semestinya harus dibicarakan. Allah
lebih mengetahui dan Maha mengerti. Meminta kepada Allah
, itu lebih menjamin satu kepastian. Luahan kepada manusia cuma memperlihatkan kelemahan diri sendiri, sedangkan luahan kepada Allah
mencerminkan betapa agungnya Dia dan betapa hinanya diri ini sebagai hamba-Nya. Berhentilah merintih, berhentilah menangis. Perbaikilah segala kelemahan sedikit demi sedikit. Usaha yang banyak itu tiada gunanya jika tidak tahu bagaimana hendak mengistiqamahkannya. Komitmen dan kesabaran itu penting. Pengetahuan juga tidak kurang pentingnya sebagai benteng pertahanan demi menegakkan satu kebenaran. Orang yang jahil itu buta, orang yang celik itu pasti bahagia.
Maafkanlah diri ini ketika mana hati ini kurang keikhlasannya. Maafkanlah diri ini kerana kata-kata ketidakpuasan hati sering berlegar-legar di ruangan telinga yang mendengarnya. Maafkanlah diri ini kerana diri ini bukanlah seperti yang disangka. Maafkanlah diri ini kerana selalu menyembunyikan keaibannya. Selalu menginginkan yang terbaik tapi sayangnya terkadang yang disangka yang terbaik itu bukanlah yang terbaik untuk diri ini. Sungguh akal ini cetek pengetahuannya. Tergesa-gesa menginginkan sesuatu sehinggakan perasaan tawakkal itu terhakis sedikit demi sedikit. Serahkan kepada-Nya. Ya ni’mal maula wa ya ni’mal wakeel…Anta khairunnasirin…
Tanamkanlah ini di hatimu selalu…
.Iman.Ikhlas.Sabar.Optimis.
Astaghfirullahalazeem…Astaghfirullahalazeem…Astaghfirullahalazeem…
La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimeen…

