Blessed to be a MUSLIMAH

''You (true believers) are the best of peoples ever raised up for mankind, you enjoin Al-Ma'ruf and forbid Al-Munkar, and you believe in ALLAH'' Al-Imran : 110

Halawatul iman~

Filed under: Nafsi, Songs, Ukhuwwah — Al Raji ila 'afwi RABBIHA at 10:10 am on Tuesday, November 24, 2009

basmalah aqua


Salam butterfly

Apa khabar semua? hehe been missing everybody, kadang2 kan diluahkan tapi last2 simpan ja dlm hati :) Yesterday, I went to the mustashfa (hospital). Punyalah byk susah sebab nda tahu cna proses, turun naik turun naik. Sorang ckp lain, yg lain lagi lain cakapnya. Kan give up dah olehnya. Sampai I said to ’si kaka’ “I am not sure what I am doing here, can we just go home instead?”. Tapi ditabahkan hati jua. Lama jualah menunggu, tapi dalam2 nunggu tu alhamdulillah sampat jua muhasabah diri. Bila sasat sila patah balik, ok? :) Lain yang dihajati, lain pulang kena bagi. Even lama dh sni ne, still jua macam ayam dgn itik becakap. Membari malu. Bagi sesiapa yang berkesempatan, silalah belajar bahasa arab ye ;) If part ke hospital ane yth paling paning ne, krg salah fahaman doktor, diri jua susah LOL (tiba2 teringat kisah itu :( ). At last, kena bagi medication saja for 2 weeks. After that baru jumpa lagi. Tak suka le mkn ubat bile takde sakit~huhu those medicines are too many, four of them. Three have to be consumed orally (in mind kan escape dah kan mamam hehe). Eh wait, ana nda sakit banarnya, don’t think I have serious penyakit eh. Saja kan becerita sama kamu, lama dah nda post anything :) (10 days boleh diconsider lamakah? hehe)

Mari kita bercerita tentang yang insyaAllah will menambahkan iman, shall we? :)


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah (SWT) dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (SWT) (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah (SWT) menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)

Hadis ini makna yang amat dalam kerana ia melandasi keimanan tani, apa dia makna kecintaan kepada Allah (SWT) dan Rasul-Nya, kecintaan sesama tani (selalu saja tani dengar ukhuwwah fillah and ukhuwwah islamiyah), sesama kaum muslimin dan keteguhan dan ketahanan tani supaya tetap berada dalam keimanan. First place yang patut ada dalam hati setiap muslim ialah cinta kepada Allah (SWT) and ani sepatutnya menjadi tujuan utama tani dalam hidup ani. Dalam kecintaan kepada Allah (SWT) atu ada perasaan adz zhill (sikap rendah diri) and mahabbah (cinta kepada-Nya), then barutah ada tani dapat menghadirkan hati dan diri tani bila tani beribadah kepada Allah (SWT), nda ja? :) Tani will not rasa kemanisan iman until we rasa cinta kepada Allah (SWT) dan Rasulullah.

Siapa yang cinta Allah (SWT) dan Rasulullah, grenti cintanya jua akan mekar untuk sesama muslim yang lain (cinta yang halal, ok? :) ). Bila dah ada cinta sesama muslim, grenti mau jumpa2 and kumpul2 kan? pastu durang pun buat majlis ilmu demi untuk meningkatkan kefahaman tentang hakikat Allah (SWT), Rasulullah, islam dan iman yang sebenar2nya. Majlis2 ilmu ialah salah satu taman dari taman2 syurga. Sapa nda mau syurga? grenti mau kan? Jom kita buat majlis ilmu :)

Seseorang indakan dapat merasakan jalan kebahagiaan, kesenangan, kelapangan kecuali bila ia memiliki hubungan yang baik dengan Allah (SWT) (ane so true ne, yth have to check always). Canakan rasanya kemanisan iman ani? Em…rasa dulu baru tahu. Inda dapat digambarkan dengan kata2. Secara ringkasnya, halawatul iman (manisnya iman) yang dimaksudkan dalam hadis ane ialah suasana kenikmatan, ketenangan, lapang, kesejukan jiwa yang muncul dalam diri seorang mukmin ketika ia melakukan hal2 yang disukai Allah (SWT) (walaupun kadang2 apa yang ia buat atu ganjil di mata manusia and nda ngam dengan selera durang huhu).

Imam nawawi defines makna halawatul iman:

  • Merasakan kelazatan dan kenikmatan dalam melakukan ketaatan kepada perintah Allah (SWT) (how about you? what do you feel?). Sekaligus kuat menanggung beban kesulitan dalam mencapai keredhaan Allah (SWT) dan Rasulullah.
  • Mengutamakan keadaan tadi atu lebih dari godaan dan hamparan dunia yang kononnya penuh nikmat bagi mereka yang tertipu.
  • Mencintai hamba Allah (SWT) dalam melakukan amal-amal ketaatan, meninggalkan apa yang dilarang dan mencintai Rasulullah.

This is my favorite part, bila terbaca, balik2 ana baca, macam so true bah apa kata Ibnu Qayyim ane, macam it gave me answers to all my unanswered unspoken questions.

“Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah (SWT).
Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah (SWT).
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Alah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya.
Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah (SWT) dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah (SWT).
Di dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah Allah (SWT), larangan, dan keputusan Allah (SWT), yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya”.

Wah sungguh banyak dalam hati tani ane ah sampai inda tani terealise semua benda ane ada dalam hati tani O_0. Don’t worry, Allah (SWT) is the solution to all our hope and fear. Love you all :)

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

In team – kalimah cinta

thabbit qalbi



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <p> <br>

Powered by WP Hashcash


 
Close
E-mail It